Pasangan Dera Kanak-Kanak Disambung Reman

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Perintah tahanan reman terhadap dua suspek yang didakwa mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilanjutkan selama tiga hari lagi bermula esok (3 Julai).

Perintah lanjutan tahanan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Lelaki berusia 39 tahun dan wanita berusia 25 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama empat hari bermula 29 Jun dan berakhir hari ini untuk siasatan lanjut.

Kanak-kanak itu ditemui ibu kandungnya pada 24 Jun dilaporkan dalam keadaan wajahnya cengkung dan seluruh badannya lebam serta dipenuhi parut manakala tubuhnya membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang dan rusuk.

Pada hari yang sama, kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Tags / Kata Kunci: Pasir Mas , Dera

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan