Dua Anggota Polis Tidak Mengaku Salah Terima, Minta Rasuah RM200

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua anggota polis berpangkat lans koperal dan konstabel mengaku tidak bersalah meminta dan menerima rasuah RM200 daripada seorang pemandu lori pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini pada Khamis.

Konstabel Mohd. Izaimei Ismail, 30 tahun, dituduh menerima suapan wang tunai RM200 daripada seorang pemandu lori, Rustam Wahid pada pukul 2.25 petang di sebuah gerai makan di Sri Gading, Kuantan.

Dalam pada itu, Lans Koperal Rosdi Kahar, 46 tahun, dituduh meminta suapan menerusi  Mohd. Izaimei daripada pemandu lori sama pada 10.30 pagi di tepi Jalan Kuantan-Gambang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar Kuantan.

Perbuatan tersebut dilakukan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori itu yang telah melakukan kesalahan membawa muatan barang-barang tidak ditutup yang merupakan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syafinas Shabudin.

Hakim Habibah Mohamed Yusoff membenarkan tertuduh pertama dan kedua masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 dan RM4,000 dengan seorang penjami dan kes akan disebut semula pada 28 Julai 2015.


Tags / Kata Kunci: Polis , SPRM , Rasuah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan