Langgar Kereta Polis Peronda, Pelajar Kolej Didakwa

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 2:59 PM

Penuntut sebuah kolej swasta di Kota Damansara Lua Norman,21, (tengah) diiringi anggota polis selepas keluar dari Mahkamah Majistret, Jumaat.
Lua yang didakwa melanggar belakang sebuah kereta peronda polis baru-baru ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu kereta jenis Volkwagen Polo yang didakwa melanggar belakang sebuah kereta peronda polis baru-baru ini, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lua Norman, 21, seorang pelajar kolej swasta di Kota Damansara bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Lua didakwa berada di bawah pengaruh alkohol sebanyak 111mg/100ml (nafas) iaitu melebihi 76mg/100 ml daripada had yang ditetapkan iaitu 35mg/100ml.

Berdarkan pertuduhan, ekoran keadaan itu, dia gagal mengawal kenderaan yang dipandunya dan menyebabkan kecederaan terhadap anggota peronda polis Nor Alhayari Buyong, 58, dan Zainal Abu Bee Din, 50.

Lua didakwa melakukan kesalahan itu di di Jalan Pudu dari arah Jalan Pudu menghala ke Pusat Bandar pukul 8.55 pagi pada 22 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM8,000 dan maksimum RM20,000 dan penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Zura Syazween membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai serta menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan kes.

Kes yang membabitkan Lua adalah susulan daripada video durasi lima minit yang menjadi viral dalam media sosial sejak Isnin. Ia menunjukkan insiden perlanggaran antara sebuah kenderaan jenis Volkwagen Polo dengan sebuah kereta peronda polis yang keluar dari sebuah terowong.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Lua Norman , Kota Damansara , kereta peronda

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan