Malaysiakini Mohon Lagi Hakim Yang Dengar Kes Saman Najib Tarik Diri

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysiakini buat kali ketiga memohon supaya Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar kes saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel.

Dalam permohonan itu, Mkini Dotcom Sdn Bhd dan dua lagi iaitu Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar, memohon supaya Kamaludin menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan terdapat unsur bahaya berat sebelah sekiranya hakim itu mendengar kes berkenaan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 24 Jun, mereka berkata Kamaludin yang sebelum ini berkhidmat di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah berpindah ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 1 Jan lepas.

Mereka berkata kes itu masih di peringkat pengurusan kes dan tarikh perbicaraan belum ditetapkan, oleh itu tiada sebarang alasan atau sebab munasabah menurut amalan biasa bagi hakim yang berkhidmat di Mahkamah Tinggi Seremban untuk mendengar kes saman itu.

Pada 14 November tahun lepas, ketiga-tiga defendan menarik balik permohonan mereka untuk melucutkan kelayakan Kamaludin, yang ketika itu pesuruhjaya kehakiman daripada mendengar saman berkenaan selepas memfailkan permohonan itu pada 24 Jun tahun sama.

Pada 22 Jun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan kedua Mkini, Steven dan Fathi yang difailkan pada 12 Jun untuk membatalkan keputusan Hakim Besar Malaya yang melantik Kamaludin untuk mendengar kes saman itu.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Perdana Menteri dan Ab Rauf, ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 17 Ogos untuk mendengar permohonan terbaharu itu.

"Tarikh sama (17 Ogos) juga ditetapkan untuk sebutan permohonan Najib dan Ab Rauf untuk membuang beberapa perenggan dalam pernyataan tuntutan balas dan pembelaan ketiga-tiga defendan," katanya selepas hadir pada pengurusan kes saman itu di hadapan Kamaludin yang turut dihadiri peguam Ashok Kandiah yang mewakili kesemua defendan.

Pada 30 Mei tahun lepas, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Ab Rauf selaku plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Mkini, Steven dan Fathi selaku defendan.

Mereka mendakwa kesemua defendan telah melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?" di bawah ruangan Yoursay dalam laman portal www.malaysiakini.com pada 14 Mei tahun lepas. 

Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel itu tersirat sindiran untuk menunjukkan bahawa Umno tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan Umno sebagai menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Malaysiakini , Umno

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan