Pemandu Teksi Dera Anak Saudara Hingga Mati

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mendera anak saudara isterinya berumur lima tahun sehingga menyebabkan kematian.

Isterinya, yang bekerja sebagai juruwang pula dijatuhi hukuman penjara dua tahun atas kesalahan membiarkan kanak-kanak perempuan dibawah jagaannya itu terdedah kepada perbuatan yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal.

C. Prabu, 30, dan V. Vasanthy, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan Prabu yang diwakili peguam Silas Seenivasagam manakala Vasanthy pula diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Prabu didakwa mendera kanak-kanak itu di rumahnya di Apartment Harmoni, Damansara Damai pada pukul 8 malam, 16 Oktober 2013.

Menurut fakta kes, lelaki berkenaan telah memukul kanak-kanak perempuan itu menggunakan getah paip, menendang serta menamparnya, menumbuk perut malah turut mencucuh mangsa dengan puntung rokok.

Manakala Vasanthy pula melakukan kesalahannya di rumah yang sama sejak 30 Ogos hingga 16 Oktober 2013.

Bagaimanapun, Ghazali mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 17 Oktober 2013.

Selain itu, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan terhadap Vasanthy iaitu dia akan diletakkan di bawah bon jaminan untuk berperilaku baik selepas tamat hukuman penjara dengan jaminan RM5,000 tanpa cagaran.

Ketika hukuman dijatuhkan, adik perempuan Vasanthy, iaitu ibu kepada mangsa yang hadir ke mahkamah menyatakan beliau memaafkan kedua-dua tertuduh atas perbuatan mereka.

Dalam penghakimannya, Ghazali menyatakan perbuatan kedua-dua tertuduh khususnya Prabu tidak berperikemanusiaan, lebih-lebih lagi memandangkan mereka turut mempunyai tiga anak sendiri namun tidak pula diperlakukan sedemikian.

"Saya harap selepas menjalani hukuman, kedua-dua tertuduh akan serik dan insaf dengan perbuatan yang dilakukan. Saya simpati dengan ibu mangsa yang masih mempunyai sifat pemaaf walaupun kehilangan anak," katanya.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Selangor Haffiza Sauni.

Tags / Kata Kunci: Pemandu Teksi

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan