Mahkamah Persekutuan Arah Anak Hadir Semasa Keputusan Hak Penjagaan

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 5:55 PM

Izwan (kanan) memeluk anak lelakinya.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis memerintahkan ibu dan bapa yang terbabit dalam pertikaian hak penjagaan, membawa dua anak mereka ke mahkamah pada hari mahkamah menyampaikan keputusannya berhubung hak penjagaan kanak-kanak berkenaan.

Anak perempuan pasangan itu yang berumur 10 tahun tinggal bersama ibu S.Deepa, penganut Hindu, manakala anak lelaki mereka berumur tujuh tahun tinggal bersama bapa, Izwan Abdullah, yang telah memeluk Islam.

"Kami mahu dua kanak-kanak ini hadir semasa kami menyampaikan keputusan kami," kata Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel hakim lima anggota.

"Beritahu mereka (ibu bapa) untuk membawa kanak-kanak berkenaan," katanya selepas peguam mewakili Izwan, Mohamed Haniff Katri Abdullah memaklumkan kepada panel itu tentang kehadiran anak guamnya (Izwan) di mahkamah.

Deepa, 32, dan Izwan, 31, yang dahulunya penganut Hindu bernama N.Viran, hadir di mahkamah pada Khamis tetapi dua anak mereka tidak hadir.

Hakim Raus, yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azahar Mohamed, menangguhkan keputusan mereka ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam rayuan dikemukakan Izwan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung perkara itu.

Izwan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan dua anak mereka yang beliau telah tukarkan agama mereka kepada Islam, kepada ibu kanak-kanak itu.

Izwan, Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara (AG) turut merayu terhadap perintah mendapatkan semula anak dikeluarkan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan polis mengesannya (Izwan) dan mengembalikan semula anak lelaki itu kepada ibunya.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perintah hak penjagaan dan perintah mendapatkan semula anak.

Pada 14 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Izwan bagi penangguhan pelaksanaan perintah untuk beliau mengembalikan semula anak lelakinya kepada ibunya, sementara menunggu rayuan itu selesai.

Mahkamah Tinggi pada 21 Mei tahun lepas memerintahkan anak lelaki pasangan itu dikembalikan kepada Deepa, dan memberi autoriti kepada polis untuk membantu wanita itu dalam mendapatkan semula anak lelakinya itu.

Izwan dilaporkan telah mengambil anak lelakinya itu pada 9 April tahun lalu selepas Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan kepada Deepa.

Pasangan itu berkahwin pada Mac 2003 mengikut upacara Hindu.
Pada 2012, Izwan memeluk Islam dan menukarkan agama anaknya pada tahun yang sama tanpa pengetahuan isterinya.

Dia kemudian memperoleh perintah daripada Mahkamah Syariah Seremban bagi hak penjagaan kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu dalam prosiding di mahkamah pada Khamis, Mohamed Haniff dalam hujahannya berkata Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan hak penjagaan kanak-kanak itu kepada Deepa kerana wanita itu tidak mencabar penukaran agama kanak-kanak berkenaan.

Katanya oleh kerana kanak-kanak berkenaan sudah ditukar agama kepada Islam, Mahkamah Syariah merupakan mahkamah yang betul untuk memutuskan tentang hak penjagaan sambil menambah pasangan bukan Islam boleh hadir di Mahkamah Syariah.

Mohamed Haniff berkata seorang bapa yang telah memeluk agama Islam boleh menukarkan agama anaknya secara sendirian tanpa kebenaran ibu kanak-kanak itu.

Tags / Kata Kunci: hak penjagaan anak , S.Deepa , Izwan Abdullah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan