Dua Majikan Didenda RM1,500 Gagal Patuhi Peraturan Gaji Minimum

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua majikan masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar perintah gaji minimum pada Mei lepas.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah menjatuhi hukuman tersebut ke atas pengarah syarikat Goober Go Enterprise atas kesalahan gagal membayar gaji pokok RM900 bagi bulan April kepada seorang daripada pekerjanya.

Pengarahnya, Goh Tien Hock, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 12.30 tengah hari di Lot 83141, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, 29 Mei lepas.

Sementara itu, Pang Siew Lian, pengarah syarikat Man Kiong Trading, turut didenda atas pertuduhan yang sama kerana didapati gagal membayar gaji pokok seorang pekerjanya berjumlah RM34.62 sehari selama empat bulan iaitu dari Januari hingga April 2014.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Man Kiong Trading Sdn Bhd, Batu 8 1/2, Tanjung Pasir, Sungai Lembing pada 27 Mei lepas.

Kedua-dua tertuduh didapati melanggar Peraturan 4, Perintah Gaji Minimum 2012, Seksyen 43, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap pekerja, jika disabit kesalahan.

Mereka kemudian membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja Pahang, Yuszatunaim Yusof dan Ahmad Saad.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan