Bekas Hakim Syariah Perak Beraya Di Penjara

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini.

Mahkamah Rayuan pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.

Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri atas sabitannya setelah mendapati sabitan itu adalah wajar.

Mahkamah juga mengekalkan denda RM210,000 dikenakan ke atasnya boleh Mahkamah Sesyen. 

Hassan Basri bagaimanpun, berjaya dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam.

Panel yang turut dianggotai hakim-hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam mengekalkan hukuman penjara antara satu dan lima tahun tetapi mengarahkan Hassan Basri menjalani hukuman serentak, bukan secara berturut-turut.

Hassan Basri, yang kelihatan tenang bila mahkamah menyampaikan keputusan, diarah memulakan hukumannya hari ini oleh kerana beliau diikat jamin RM105,000 dengan dua penjamin, ketika menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Beliau didakwa meminta dan menerima rasuah daripada dua orang berhubung dua perkahwinan tanpa mengikuti prosedur yang betul, dan bagi pengembalian wang jaminan berhubung pengambilan alkohol dan menggalakkan jenayah maksiat di beberapa lokasi di Perak antara 6 Ogos, 2006 dan 15 Ogos, 2007.

Mahkamah Sesyen di Ipoh mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi tuduhan pada 14 Dis, 2010.

Hassan Basri gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen. Beliau dipercayai hakim Syariah pertama dihukum kerana rasuah.

Hassan Basri diwakili peguam-peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan Datuk Salehuddin Saidin. Salehuddin berhujah hukuman penjara itu agak melampau dan menggesa mahkamah mengurangkannya.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira tingkah laku Hassan Basri bila beliau berkata, "Habislah kena tangkap, minta tolong" kepada pegawai yang menangkapnya bila ditahan.

Tags / Kata Kunci: Hassan Basri , rasuah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan