Jawi Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Nik Raina

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 1:52 PM

Nik Raina

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menarik balik rayuan terhadap pembebasan pekerja kedai buku Borders, Nik Raina Nik Aziz, daripada pertuduhan mengedar buku penulis kontroversi, Irsyad Manji.

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh yang mempengerusikan panel tiga hakim sebulat suara membenarkan permohonan untuk menarik balik rayuan itu oleh ketua pendakwa Syarie Mohammad Adib Husain.

"Selepas meneliti permohonan daripada Ketua Pendakwa Syarie dan tiada bantahan dikemukakan mana-mana pihak, mahkamah membenarkan permohonan dan rayuan dibatalkan," kata hakim itu.

Pada 26 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain melepas tanpa membebaskan Nik Raina daripada pertuduhan itu dan pada 9 Mac, Jawi memfailkan rayuan terhadap pembebasan berkenaan.

Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa mengedar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis kontroversi, Irshad Manji, yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Nik Raina didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan dengan iman) terjemahan buku tulisan Irshad yang bertajuk 'Allah, Liberty and Love' (The courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, antara 8.41 dan 9.45 malam pada 23 Mei 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita, Nik Raina, 39, ditemani peguam Rosli Dahlan melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah itu, selain berharap pendakwaan tidak akan meneruskan pendakwaan terhadapnya kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. 

"Hari ini genap tiga tahun sebulan prosiding kes ini dan biarlah kes hari ini adalah terakhir dalam hidup saya," kata Nik Raina, yang kini pengurus bahagian latihan di Borders The Curve. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: Nik Raina , Irsyad Manji , Jawi

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan