Mahkamah Tetap 14 Julai Pengurusan Kes Saman Anwar Terhadap Nallakarupan

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Julai untuk pengurusan kes saman fitnah bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S. Nallakaruppan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin, mewakili Anwar dan peguam Sarah Abishegam bagi pihak Nallakaruppan.

Shahid Adli memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah mengemukakan rayuan pada 10 Jun lalu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mohd Zaki yang membenarkan permohonan Nallakaruppan untuk menyoal balas berkaitan sabitan lampau Anwar.

Pada 15 Mei lalu, peguam Latheefa Koya membuat bantahan terhadap soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan berhubung penghakiman bertulis dalam kes liwat I yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad yang menyatakan bahawa Anwar mempunyai kecenderungan homoseksual.

Turut dibantah ialah soalan dalam sabitan kes liwat II terhadap pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, pada 26 Jun 2008 dan dihukum penjara selama lima tahun pada 10 Feb lalu.

Anwar, 68, memfailkan saman pada 25 Ogos 2008, berhubung kenyataan Nallakaruppan (bekas Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum), yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

    -- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan