Dua Polis Dituduh Terima Rasuah Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang pegawai polis yang menghadapi empat pertuduhan rasuah dan seorang Koperal dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Perlis diperintah membela diri atas tuduhan rasuah lebih empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Mohd Rosli Osman dalam penghakimannya berkata pendakwa raya telah membuktikan kes prima facie terhadap ASP Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin, 47, dan Koperal Syed Zaini Syed Hassan, 45.

"Ini adalah keputusan di akhir pendakwaan. Saya membacakan ringkasan keputusan mahkamah sahaja iaitu terdapat kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. Kes ini terlalu panjang, berbelit-belit dan telah lama.

"Saya tidak mahu mengambil kes ini kerana khidmat berbaki dua minggu lagi sebelum bercuti tiga bulan dan bersara. Hujahan telah saya tulis. Laporannya akan dihantar ke ibu pejabat supaya hakim yang bakal mengambilalih kelak memahami kes ini," kata Mohd Rosli.

Ahmad Zaharuddin dituduh menerima secara rasuah sebanyak RM10,000 daripada Tan Ah Keng yang didakwa menganjurkan perjudian haram di Simpang Empat, dekat sini dan pertuduhan kedua menerima RM4,000 lagi daripada beliau.

Pegawai polis itu dituduh menerima kedua-dua suapan tersebut di sebuah hotel di Kangar pada Mac 2011.

Pertuduhan pertama dibuat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) manakala kedua di bawah Seksyen 17(a) akta sama, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Ketiga, beliau dituduh menerima RM2,000 daripada Boonchu a/l E. Bau di Simpang Empat, dekat sini sebagai dorongan tidak mengambil tindakan kerana menganjur perjudian haram pada 15 April 2011.

Bagi pertuduhan keempat, pegawai polis itu bersama Koperal Syed Zaini dituduh secara rasuah menerima RM4,000 bagi diri mereka daripada Boonchu berhampiran warong Ratna Sari, Padang Behor, dekat sini pada 20 April 2011.

Pertuduhan ketiga dan keempat dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta 694 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta 694.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafizh Abu Bakar menjalankan pendakwaan manakala Ahmad Zaharuddin dan Koperal Syed Zaini diwakili Rahamatullah Baharudeen.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Rasuah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan