Hadi Masih Belum Lantik Peguam Kes Saman Sivil - Berita Mahkamah | mStar

Hadi Masih Belum Lantik Peguam Kes Saman Sivil

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 10:15 AM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih belum melantik peguam untuk kes saman sivil yang mahu menghalangnya daripada membentangkan Rang Undang-Undang mengenai hudud di Parlimen.

Farez Jinnah, yang mewakili plaintif berkata tiada peguam hadir mewakili Hadi di mahkamah pada Jumaat.

Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Nor kemudiannya menetapkan 19 Jun ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Peguam Kanan Persekutuan, Natra Idris mewakili Speaker Dewan Rakyat, Timbalan dan Setiausahanya yang juga dinamakan sebagai defendan.

Peguam Mansoor Saat, aktivis Azira Aziz dan penyelidik, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin memfailkan permohonan pada 4 Jun untuk menghalang Hadi dan pegawai Parlimen daripada membentangkang Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Dewan Rakyat.

Mereka mahu lima individu tersebut diperintahkan untuk menarik balik atau dihalang daripada meneruskan perbincangan mengenai cadangan pindaan tersebut di Parlimen.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan