Empat Warga Asing Mengaku Bersalah Terhadap 'Perbuatan Lucah' Di Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kesemua empat warga asing yang didakwa berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen, Dean Wyane Daly membuat penangguhan selama 10 minit apabila salah seorang tertuduh mempertikaikan terhadap sebahagian fakta kes.

Warga Belanda, Dylan Snel, 23 menggelengkan kepalanya ketika fakta kes dibacakan dan pendakwaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Jamil Ariffin yang kemudiannya meminda aspek kes tersebut.

Tiga yang lain merupakan pelajar warga British, Eleanor Hawkins, 24, dan adik-beradik warga Kanada, Lindsey Petersen, 23,  dan adik perempuannya, Danielle Peterson, 22 hanya mendiamkan diri. 

Menurut fakta kes di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam, kedua-dua lelaki sememangnya berbogel manakala dua wanita tidak berbaju.

Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh membuat bising semasa mendaki dan tiba di puncak gunung itu pada kira-kira pukul 5.30 pagi serta mengambil gambar sesama sendiri selama sejam selepas satu taklimat keselamatan dijalankan.

Pada kira-kira pukul 6.45 pagi semasa laluan mendaki lapan kilometer, mereka mencabar antara satu sama lain untuk menanggalkan pakaian bagi melihat siapa yang dapat bertahan dengan keadaan yang sejuk dan mengingkari arahan malim gunung supaya tidak berbuat demikian.

Ketika ditanya sekiranya keempat-empat mereka bersetuju dengan fakta kes itu, peguam mereka, Ronnie Chiam berjumpa dengan tertuduh dan berbincang dengan pendakwa selepas aspek tertentu mengenai kes dipertikaikan.

Jamil kemudiannya membuat semakan semula terhadap fakta kes dan menarik semula bahagian berhubung "kekasaran" bahawa mereka menjerit kepada malim gunung.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan