Pelancong Berbogel Di Gunung Kinabalu Dihukum Penjara 3 Hari, Denda RM5,000

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap empat pelancong Barat mulai tarikh mereka ditangkap dan denda RM5,000 atau tiga bulan penjara kerana melakukan perbuatan lucah di Gunung Kinabalu.

Keempat-empat mereka, yang ditangkap pada 9 Jun, membayar denda itu melalui peguam masing-masing pada kira-kira pukul 7 malam ini dan akan dihantar pulang ke negara asal.

Hakim, Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman itu terhadap rakyat Britain Eleanor Grace Hawkins, 23; rakyat Belanda Dylan Thomas Snel, 23; dan dua beradik wargaKanada Lindsey Peterson, 23 dan Daniella Anne Louisa Peterson.

Keempat-empat mereka kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan dan mengaku bersalah terhadap tuduhan berbogel di kawasan puncak Gunung Kinabalu pada kira-kira 6.45 pagi, 30 Mei.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Daly berkata, mahkamah menerima akuan bersalah mereka sebagai faktor meringankan hukuman, walaupun perbuatan mereka itu mengejutkan negara dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

"Masyarakat, terutama di Ranau, tidak senang dengan perbuatan mereka itu kerana mereka menganggap Gunung Kinabalu sebuah tempat suci," katanya.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Ronny Cham, manakala Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin mengetuai pasukan pendakawaan tiga anggota.

Menurut fakta kes, empat tertuduh itu adalah antara 10 pendaki warga asing yang mencabar satu sama lain untuk berbogel bagi membuktikan siapa dalam kalangan mereka yang dapat bertahan daripada cuaca sejuk di puncak gunung itu.

Malim gunung yang mengiringi mereka, Azlan Ramli menasihati mereka agar tidak berbuat demikian, tetapi tidak dipedulikan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan