Mahkamah Tolak Permohonan Lim Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 4:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah yang difailkan dua Ketua Umno Bahagian Pulau Pinang dan sebuah syarikat pemaju perumahan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan penjualan tanah orang Melayu di negeri itu akan diteruskan di Mahkamah Tinggi di sini.

Ini berikutan keputusan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera yang menolak permohonan Lim supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan.

Peguam Datuk Abu Bakar As-Sidek yang mewakili syarikat pemaju, Maison Height Sdn Bhd dan dua Ketua Umno Bahagian Pulau Pinang, memberitahu pemberita bahawa Hakim Vazeer Alam membuat keputusan itu di dalam kamarnya pada Rabu dan dihadiri peguam S.Sivaraja bertindak bagi pihak Lim serta empat defendan lain.

Mahkamah juga menetapkan 22 Jun untuk pengurusan kes.

Pada Mac lalu, Lim memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan atas alasan saksi-saksi yang terlibat dan tanah yang dipersoalkan itu, melibatkan negeri berkenaan.

Saman itu difailkan pada 30 Jan lepas oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir, yang juga Setiausaha Umno Negeri, Ketua UmnoBahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar, serta Maison Height Sdn Bhd selaku plaintif.

Selain Lim, pihak plaintif turut menamakan TMI Dot Com Sdn Bhd selaku pemilik portal Malaysia Insider, Jahabar Sadiq (Editor Malaysia Insider), Mkini Dotcom Sdn Bhd (pemilik portal Malaysiakini) dan Stevan Gan (Editor Malaysiakini) sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa Lim telah mengarang sebuah artikel bertajuk 'Pembohongan Umno' dan kemudian telah diterbitkan oleh Malaysian Insider pada 27 Nov tahun lepas di bawah tajuk 'Stop Spreading Lies about Penang Government, Guan Eng tells Umno'.

Pada hari berikutnya, Lim sekali lagi didakwa berniat jahat menyebabkan artikel 'Umno made profits by selling Malay kampungs' diterbitkan di portal Malaysiakini.

Kesemua plaintif mendakwa tiga artikel tersebut membawa maksud bahawa syarikat Maison Height adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dengan niat menipu dalam transaksi jual beli tanah di Balik Pulau dan mengaut keuntungan daripada hasil jualan tersebut.

Mereka juga mendakwa artikel tersebut membawa maksud Musa dan Omar telah mengkhianati orang Melayu dan sengaja mengaburi mata rakyat serta tidak boleh dipercayai selain mendakwa kesemua plaintif dikecam teruk dalam media sosial dan media massa berikutan penerbitan perkataan fitnah itu.

Kesemua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan satu injunksi untuk menghalang defendan menerbitkan artikel itu secara lisan atau melalui media cetak serta Internet.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Umno

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan