Penjara Empat Bulan Kerana Curi Pisau Cukur, Coklat

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri pisau cukur dan coklat Cadbury di sebuah pasaraya, seorang penganggur dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas M.Vickneswaren, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri sebilah pisau cukur jenama Gillete dan tiga peket coklat Cadbury bernilai RM24.90, pada April.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 Mei lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya Mydin Sinar Kota, Jalan Silang, Dang Wangi, di sini pada pukul 4.10 petang, 9 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pembantu hospital dipenjara tiga bulan atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit, tiga hari lepas.

Majistret Nur Azura menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd Hisham Md Zahid, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit jenis Iphone 5S bernilai RM1,800 milik Norhayati Ahmad, 33, seorang tukang masak.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 7 Jun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kedai makan berhampiran kedai 99 Speedmart, Jalan Sentul Pasar, Sentul di sini pada pukul 3 pagi, hari tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: Coklat , Pisau Cukur , Mahkamah

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan