Lelaki Cuba Larikan Diri Selepas Didapati Bersalah - Berita Mahkamah | mStar

Lelaki Cuba Larikan Diri Selepas Didapati Bersalah

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang dituduh melakukan rompakan bersenjata cuba melarikan diri ketika sesi pendengaran rayuan di Mahkamah Sesyen pada Selasa.

Muhamad Elias Muhamed Yusoff meluru ke pintu selepas Hakim Zulhazmi Abdullah mendapati dia bersalah pada kira-kira pukul 10.10 pagi. 

Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh telah menggesa mahkamah supaya mengenakan hukuman berat selepas Muhamad Elias berlari keluar dari kamar mahkamah turun ke tingkat dua.

Anggota polis berjaya menangkapnya dengan bantuan orang ramai berhampiran pintu pagar bangunan mahkamah di Light Street.

Muhamad Elias didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata. 

Kes itu kembali bersambung pada pukul 10.26 pagi.

Tags / Kata Kunci: lari dari mahkamah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan