Pengurus Tapak Pembinaan Hadapi 40 Pertuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pengurus tapak syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Selasa terhadap 40 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM110,631 daripada dua kontraktor antara 2012 dan April 2014.

Bagi pertuduhan pertama Lau Kim Ting, 46, didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai RM1,500 daripada Ba'ie Buasan, sebagai dorongan supaya syarikat L.K Insulation Engineering (M) Sdn Bhd tidak menamatkan kerja-kerja subkontrak yang diberikan kepada Ba'ie.

Lau dari Taman Sutera, di sini, dituduh melakukan kesalahan itu melalui akaun peribadinya Public Bank Berhad, Bandar Baru Permas Jaya, di sini, pada 5.55 petang, 26 Jun 2014.

Bagi pertuduhan seterusnya, Lau yang memiliki empat anak berusia 13 hingga 20 tahun dituduh meminta dan menerima 39 suapan wang tunai antara RM500 dan RM8,200 yang berjumlah RM109,131 daripada Abang Spawi Abang Dan sebagai dorongan sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu menerusi akaun peribadi Public Bank Berhad, Bandar Baru Permas Jaya dan Maybank Pasir Gudang, di sini, antara 14 Jun 2012 dan 19 April 2014.

Bagi semua pertuduhan itu, Lau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menetapkan wang jaminan RM35,000 bagi kesemua 40 pertuduhan itu dan 6 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nor Fazlin Hamdan manakala Lau diwakili peguam Jimmy Puah Wee Tse.

Tags / Kata Kunci: Rasuah , SPRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan