Empat Individu Mohon Halang RUU Akta 355 Dibentang

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 9:51 AM

Abdul Hadi pada 19 Mac lalu te­lah mengemukakan notis di Dewan Rakyat bagi membawa RUU untuk meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965) yang akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat individu memohon injunksi untuk menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain daripada membentangkan Rang Undang-Undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) (Bidang kuasa Jenayah) dalam mana-mana persidangan Dewan Rakyat.

Empat individu tersebut - peguam Mansoor Saat, aktivis Azira Aziz dan penyelidik, Hasbeemaputra Abu Bakar serta Hazwany Jamaluddin, memohon injunksi pada Khamis lalu.

Permohonan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.

Mereka menuntut, lima individu termasuk Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan dua timbalannya, Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Ronald Kiandee serta Setiausaha Datuk Roosme Hamzah, diarahkan untuk menarik balik atau dihalang daripada meneruskan perbincangan mengenai cadangan pindaan di mana-mana sesi persidangan Dewan Rakyat.

Pihak yang sama turut dinamakan sebagai defendan dalam kes saman utama yang difailkan pada Khamis lalu.

Kes tersebut turut akan didengar untuk pengurusan kes pada 18 Jun ini.

Dalam tuntutan saman itu, mereka memohon pengisytiharan bahawa jika pindaan diluluskan, maka tindakan tersebut menyalahi undang-undang, tidak sah dan bertentangan dengan pelbagai Artikel Perlembagaan Persekutuan, yang antara lain, jaminan kebebasan dan kesaksamaan rakyat.

Antara lain mereka juga memohon pengisytiharan bahawa pembentangan pindaan oleh Abdul Hadi dalam mana-mana persidangan Dewan Rakyat akan melanggar syarat dalam rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat iaitu 'Buku Jingga' yang dipersetujui pada 19 Disember 2010.

Dalam afidavit sokongan saman utama, wakil mereka, Mansoor, 61, berkata Abdul Hadi memberi surat kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac untuk membentangkan RUU persendirian bagi meminda akta tersebut.

Mansoor berkata, beliau percaya usaha untuk meminda akta tersebut tidak mengikut perlembagaan.

Katanya, apa sahaja kelulusan oleh Speaker dan timbalannya untuk RUU itu dibincangkan oleh Ahli Parlimen dan kemudiannya diluluskan akan melanggar hak mereka.

Terdahulu, Abdul Hadi, yang juga anggota Parlimen Marang, telah mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas bagi membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda akta tersebut bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun rang-rang undang itu tidak dapat dibahaskan kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Abdul Hadi menghantar semula notis persendirian mengenai perkara itu sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat dimulakan pada bulan lalu.


Tags / Kata Kunci: RUU Akta 355 , PAS , Kelantan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan