Tiga Pegawai Imigresen Didakwa Palsukan Butiran Dokumen Perkahwinan - Berita Mahkamah | mStar

Tiga Pegawai Imigresen Didakwa Palsukan Butiran Dokumen Perkahwinan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Tiga pegawai Jabatan Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau, Jumaat terhadap tuduhan bersubahat memalsukan butiran dokumen perkahwinan untuk permohonan Visa Kemasukan Pelbagai, antara 2012 dan 2013.

Tertuduh pertama, Mohd Fazir Abd Ben, 36, didakwa memalsukan butiran di dalam satu dokumen perkahwinan satu pasangan pada 30 Oktober 2013 bagi meluluskan Visa Kemasukan Pelbagai seorang warga asing sedangkan perkahwinan itu tidak pernah berlaku.

Tertuduh kedua, Ismail Useh, 58, didakwa melakukan perbuatan yang sama pada 31 Disember 2012, manakala tertuduh ketiga Matusin Lamsahaini, 56, pula didakwa melakukan kesalahan sama pada 30 Oktober 2012.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Imigresen Lahad Datu.

Bagi pertuduhan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM30,000 dan penjara tidak kurang daripada lima tahun serta maksimum enam sebatan.

Hakim Datuk Ishak Bakri membenarkan kesemua tertuduh diikat jaminan RM8,000 seorang dengan seorang penjamin tempatan dan menetapkan tarikh pembicaran kesemua mereka pada 10 Ogos 2015.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Awang Samsul Baharam.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Imigresen , Tawau , Mohd Fazir Abd Ben
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan