Mekanik Dipenjara 36 Bulan, Tiga Sebatan Pecah Masuk Rumah, Curi

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Padah memecah masuk dan mencuri di rumah seorang pengurus eksekutif vendor sebuah syarikat jualan dalam talian, seorang mekanik dihukum penjara 36 bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Imaduddin Ab Karim, 27, selepas dia mengaku bersalah melakukan pecah rumah dan mencuri barang-barang di rumah Carmen Liong Zia Zia, 23, di A-9-2 Bintang Fairlane Residences, Lorong Walter Grenier, Dang Wangi di sini pada 7 malam, 26 Mei lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 29 Mei lalu.

Muhammad Imaduddin didakwa memecah masuk rumah dan mencuri sebuah komputer Macbook Pro, dua beg tangan jenama Chanel dan Balenciaga dan mata wang pelbagai negara bernilai RM3,000 mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa yang baru pulang dari bekerja mendapati pintu  rumahnya tidak berkunci dan keadaan rumahnya berselerak. Mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan polis membawa kepada penangkapan tertuduh.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung adik-beradik yang masih belajar dan ayah yang uzur.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan alasan tertuduh memiliki beberapa rekod kesalahan lampau di bawah seksyen sama.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan