Tertuduh Tidak Pasti 'Kasanova' Boleh Tiba Tepat Masa Ke Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 9:38 PM

L. Chandkumary

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pegawai kanan polis wanita yang didakwa melepaskan seorang tahanan dikenali 'kasanova' memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia tidak memaklumkan tentang kehadiran lelaki itu di mahkamah berikutan tidak pasti sama ada lelaki itu boleh tiba tepat pada masanya untuk prosiding kesnya. 

ASP L. Chandkumary, 58, ketika memberi keterangan pembelaannya hpada Rabu berkata beliau juga tidak memaklumkan kepada timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat dalam kes K. Prabaharan, 47, mengenai ketidak hadiran lelaki itu untuk prosiding sebutan kesnya pada 9 Oktober 2013.

"Ini kerana saya menerima maklumat daripada anak Prabaharan bahawa bapanya tidak dapat hadir di mahkamah Pulau Pinang kerana mempunyai satu kes di mahkamah Cameron Highlands pada 8 Oktober 2013. Atas sebab itu bapanya tidak dapat datang untuk sebutan kes di mahkamah ini pada keesokannya," katanya semasa pemeriksaan balas oleh Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang Datuk Razali Che Ani.

Ketika disoal Razali mengapa tertuduh (Chandkumary) tidak memaklumkan kepada mahkamah berkenaan ketidak hadiran Prabaharan, wanita itu menjelaskan ia tidak semestinya perlu dimaklumkan kerana urusan untuk prosiding bagi tujuan lanjutan jaminan dan sebutan tarikh baharu hanya mengambil masa lima minit sahaja.

Pada 21 Oktober 2013, Chandkumary, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berhubung kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan Prabaharan yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Oktober 2013.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada pukul 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabitkesalahan.

Terdahulu pegawai polis itu berkata beliau mula terlibat dalam bidang kepolisan sejak 1981 dengan menyertai latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur selama enam bulan.

Chandkumary yang diwakili peguam Danny C. Navarednam berkata beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang penyiasatan dan sepanjang kerjayanya beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai penyiasat antaranya di Cheras, Klang, Gombak dan Pulau Pinang.

Perbicaraan di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar bersambung pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: kes kasanova

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan