Tiga Rakan Didakwa Tipu Dan Palsukan Tiket Piala FA 2015

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 5:21 PM

Tiket final Piala FA 2015 dikesan palsu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa atas pertuduhan menipu dan membuat tiket palsu bagi perlawanan akhir Piala FA 2015 baru-baru ini.  

Ewan Suratin, 49, Lee Kok Nam, 55, dan Muhammad Faris Mahassan, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.  

Ewan, seorang peniaga, didakwa memalsukan satu tiket perlawanan akhir bola itu dengan niat menipu supaya tiket palsu tersebut digunakan pada perlawanan berkenaan. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10 pagi di Strawberry Graphic Design, Jalan Nyonya off Jalan Pudu di sini, 21 Mei lepas mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Lee, seorang pereka grafik, dituduh membuat enam palet untuk mencetak tiket bola palsu di Lee Brothers Graphic Studio, Jalan Nyonya Off Jalan Pudu di sini, pukul 12 tengah hari, 22 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 473 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Muhammad Faris, seorang peniaga, dituduh menipu seorang pelajar Afi IkhwanMohd Zulkifli, 25, bahawa 165 keping tiket bola itu yang diberi kepada Afi Ikhwan adalah tulen sehingga dia memasukkan wang RM5,400 ke akaun Maybank tertuduh. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Stadium Bukit Jalil di sini, pukul 2 petang, 23 Mei lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Vincent Chew Zi Xian.

Tags / Kata Kunci: tiket bola palse , Piala FA 2015

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan