SC Fail Saman Ke Atas Tiga Individu Atas Dakwaan Lakukan Dagangan Orang Dalam

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 12:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memfailkan saman ke atas tiga individu  iaitu Chan Soon Huat, Goh Ching Liong dan Leong Ah Chai - atas dagangan orang dalam bagi saham WCT Bhd.

SC memfailkan tindakan itu ke atas Goh dan Leong pada 26 Mei, 2015 manakala saman ke atas Chan difailkan pada 27 Mei, 2015, kata SC dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan itu, SC mendakwa Chan melanggar Seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana melupuskan 2.41 juta saham dan 1.24 juta waran dalam WCT antara 30 Dis, 2008 dan 5 Jan 2009, ketika memiliki maklumat bukan awam yang penting.

"Chan didakwa melupuskan saham dan waran WCT menerusi akaunnya sendiri selain akaun anak perempuannya, Chan Choon Chew serta menantunya Leong Weng Wah," kata suruhanjaya itu.

SC juga mendakwa Leong melanggar Seksyen 188(2) CMSA, kerana melupuskan 1.64 juta unit saham WCT antara 2 Jan dan 5 Jan, 2009 ketika memiliki maklumat bukan awam yang penting.

Goh yang juga Timbalan Pengarah Urusan WCT didakwa melanggar Seksyen 188(3) CMSA kerana menyampaikan maklumat bukan awam yang penting itu kepada Leong yang kemudiannya melupuskan saham-saham berkenaan.

SC menuntut daripada defendan itu sebanyak tiga kali keuntungan yang diperoleh daripada tindakan dagangan orang dalam tersebut.

SC juga menuntut penalti sivil sebanyak RM1 juta daripada setiap tiga defendan berkenaan, dan mereka dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan