Suami Dipenjara Sebulan Pukul Isteri Enggan Lakukan Seks

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 8:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Isteri untuk disayangi bukan untuk dipukul. Kalau tak boleh sayang, lepaskan," kata seorang majistret sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seorang pemandu teksi kerana memukul isterinya yang enggan melakukan hubungan seks dengannya. 

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas K. Tharmalingam, 42, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, T. Thangasamy, 38.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula Selasa.

Tharmalingam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Kos Rendah Jalan Udang Harimau, Taman Megah Kepong, Sentul di sini, pukul 3.30 petang 10 April lepas. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.  

Menurut fakta kes, tertuduh telah memaksa isterinya melakukan hubungan seks, tetapi wanita itu enggan lalu dipukul suaminya menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian badan. 

Terdahulu, majistret menyoal tertuduh adakah dia memukul isterinya di hadapan dua anaknya yang berusia 12 dan 13 tahun, tetapi tertuduh menjawab "Tidak, anak-anak saya sedang tidur".

Majistret kemudiannya menasihati tertuduh dan menyoalnya "Kenapa pukul isteri awak, dia adalah ibu kepada anak-anak awak. Dia yang melahirkan dua anak untuk awak." 

Isteri tertuduh turut hadir di mahkamah. 

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak lagi melakukan keganasan terhadap isterinya.

Tags / Kata Kunci: pukul isteri , enggan lakukan seks

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan