Liwat: Mohd Saiful Tarik Balik Saman Ke Atas Anwar

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 12:23 PM

LAPORAN POLIS... Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, keluar selepas membuat laporan polis terhadap sebuah laman blog yang mendakwa beliau kini tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lepas di Balai Polis Damansara pada 3 Mac lalu. Beliau mahu pihak polis menyiasat penulis blog dan pengendali laman web berkenaan yang telah menfitnahnya dengan menyatakan bahawa beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar dan alat sulitnya yang bernanah. Saiful adalah bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau telah mendakwa serta membuat sumpah laknat yang Anwar ada meliwatnya. --fotoBERNAMA

Mohd Saiful Bukhari Azlan

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menarik balik saman RM50 juta ke atas Anwar berhubung kes liwat II.

Peguam Anwar, Latheefa Koya memberitahu media bahawa tiada sebab diberikan Zamri Idrus, peguam Mohd Saiful mengenai penarikan balik saman itu dengan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan merakam arahan tersebut.

Beliau berkata mahkamah meminda tarikh perbicaraan kepada 25 Ogos daripada 10 Ogos tahun ini.

Latheefa berkata hari ini kes ditetapkan untuk pengurusan dengan Zamri memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamannya mahu menarik balik saman.

"Mohd Saiful tidak hadir hari ini," katanya kepada media selepas kes disebut di dalam kamar.

Pada 23 Jun tahun lalu, Mohd Saiful, 30, memfail saman ganti rugi RM50 juta kerana mendakwa telah mengalami trauma dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar telah menuduhnya sebagai memfitnah dan berkonspirasi terhadap Anwar dalam laporan polis pada 28 Jun 2008.

Mohd Saiful berkata beliau tidak pernah berbohong dalam laporan polis itu dan kejadian liwat berlaku pada 26 Jun 2008 di sebuah unit di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih di sini.

Plaintif mendakwa beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang percaya dengan dakwaan Anwar dan beliau telah dipersenda di laman-laman web.

Pada 21 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Mohd Saiful untuk meminda kenyataan tuntutannya untuk menambah lebih banyak butiran berhubung dakwaan Anwar terhadap laporan polis yang dibuatnya (Mohd Saiful) berhubung kejadian liwat.

Anwar dalam kenyataan pembelaannya yang difail pada 8 Oktober tahun lalu menafikan telah meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan tersebut tidak benar.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas gagal mendapat pengampunan diraja.

Pada 10 Februari, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan mengekalkan kesalahan dan hukuman ke atasnya kerana meliwat Mohd Saiful.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Saiful Bukhari Azlan , liwat , Latheefa Koya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan