Rogol Adik: Mahkamah Rayuan Kekalkan Penjara 16 Tahun, 20 Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin mengekalkan hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan rotan terhadap seorang pengawal keselamatan kerana merogol adik perempuannya tahun lepas. 

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak rayuan lelaki berumur 28 tahun itu terhadap sabitannya.

Beliau berkata mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan telah pun diperjelaskan kepada tertuduh sebelum dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Ampang.

Terdahulu peguam Auzan Hasanuddin Sazali, yang mewakili lelaki itu, berhujah bahawa Mahkamah Sesyen tidak seharusnya menerima pengakuan bersalah anak guamnya memandangkan dia tidak diwakili peguam dan tidak memahami akibat daripada pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu.

Beliau mahu perkara itu dikembalikan kepada Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan. Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, bagaimanapun, berhujah Hakim Mahkamah Sesyen Manira Mohd Nor menegaskan bahawa tertuduh masih mahu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sungguhpun dia memahami akibatnya.

Pada 28 Februari tahun lepas, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol adik perempuannya berusia 23 tahun di rumah mereka di Ampang Jaya, pada 8 pagi, 14 dan 16 Feb tahun lepas.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan rotan bagi setiap kesalahan, yang dijalankan berturut-turut.

Rayuannya di Mahkamah Tinggi ditolak pada 27 Ogos tahun lepas.

Turut bersidang dalam panel Mahkamah Rayuan itu ialah Hakim-Hakim Tan Sri Idrus Harun dan Dr Prasad Sandosham Abraham.

Tags / Kata Kunci: rogol adik , 16 tahun penjara , 20 sebatan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan