Dua Lelaki Didakwa Di Mahkamah Seksyen Beri Pinjam Wang Tanpa Lesen

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 5:19 PM

Teh Kim Lee

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan menjalankan perniagaaan memberi pinjam wang tanpa lesen yang sah daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan KerajaanTempatan, enam tahun lepas.   

Teh Kim Lee, 64, dan Yong Kar Weng, 75, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di No 23A, Jalan Perajurit, Ipoh Garden East di sini antara bulan Ogos 2009 hingga September 2010.   

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala kedua-dua tertuduh masing-masing diwakili peguam Yusuf Khan Dhaous Khandan T.Ellanggovan.

Terdahulu, Muhammad Fauzi memohon kepada mahkamah supaya kedua-dua tertuduhtidak dibenarkan untuk dibebaskan dengan ikat jamin kerana kesalahan yang mereka lakukan adalah serius.

Hakim Ikmal Hishan membenarkan Teh dan Yong dibebaskan masing-masing dengan ikat jamin berjumlah RM25,000 dengan seorang pejamin.

Sementara itu, Teh turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret iaitu mengugut seorang individu dengan niat menyebabkannnya merasa cemas, tahun lalu.

Teh didakwa mengugut seorang lelaki, Tang Nam Chin, 64, bahawa dia akan memanggil kongsi gelap untuk mengganggu mangsa dan mengaku mempunyai pistol.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat menyebabkan mangsamerasa cemas pada kira-kira pukul 8 malam, 30 Ogos 2014, di No 362, Lorong 10, Kampung Bercham, 31400, di sini.

Majistret Haslinda A. Raof membenarkan Teh diikat jamin RM4,000 untuk kesalahan melakukan ugutan jenayah.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 10 Julai depan untuk sebutan semula kesemua kes.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan