Pemandu Lori Dipenjara Sebulan Kerana Gigit Polis

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat menggigit seorang pegawai polis ketika cuba melarikan diri daripada ditahan, seorang pemandu lori dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu.  

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap N.Kannan, 39, yang mengaku bersalah kerana menggigit badan Sarjan Mohd Sukairi Bakar, 44, dan menakutkan anggota polis itu daripada menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D, PPR Taman Beringin, Jinjang Utara, Sentul di sini pada 4 petang, 16 Mei lalu, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. 

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei. 

Menurut fakta kes, pada hari kejadian Kannan yang dibawa menaiki kereta peronda selepas polis menemui tujuh paket dadah jenis heroin di poket seluarnya, telah bertindak agresif untuk melepaskan diri. 

Mohd Sukairi yang memandu kereta itu menghalang tindakan tertuduh yang cuba membuka pintu kereta tetapi Kannan secara tiba-tiba bertindak menggigitnya,
menyebabkan kecederaan di kedua-dua pergelangan lengan, bahagian bahu dan leher.

Ketika rayuan, peguam Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Kannan memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara tiga orang anak yang bersekolah. 

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa (ulang: Yushaa) memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kecederaan yang dialami Mohd Sukairi dan menyebabkan beliau trauma.  -- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Polis , Mahkamah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan