Rizalman Mengaku Tidak Bersalah Berkelakuan Tidak Sopan Serang Wanita NZ

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 5:17 PM

Muhammad Rizalman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas kakitangan Pembantu Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail mengaku tidak bersalah di mahkamah Wellington pada Isnin atas dakwaan berkelakuan tidak sopan menyerang seorang wanita New Zealand dengan niat untuk merogolnya, Television New Zealand (TVNZ) melaporkan.

Rizalman, 38, pada November 2014 juga mengaku tidak bersalah menyerang Tania Billingsley dengan niat untuk merogolnya di rumahnya di Wellington.

TVNZ melaporkan bahawa bekas atase pertahanan itu akan dihakimi di Mahkamah Tinggi Wellington pada akhir tahun ini.

Pendengaran untuk mempertimbangkan perkara-perkara sebelum perbicaraan telah ditetapkan pada Ogos.

Rizalman telah ditangkap pada 9 Mei tahun lalu atas dakwaan percubaan pecah rumah dan serangan seksual terhadap wanita Wellington berusia 21 tahun.

Dia didakwa pada hari berikutnya dan menghadapi hukuman maksimum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan.

Selepas meninggalkan negara ini dan pulang ke Malaysia di bawah imuniti diplomatik, Rizalman telah diekstradisi ke New Zealand Oktober lepas.

Dia dilepaskan dengan jaminan di alamat yang tidak didedahkan selepas menyerahkan pasportnya dan diletakkan di bawah perintah berkurung pada waktu malam dan dengan perintah untuk tidak menghubungi pengadu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan