Pemilik Hameeds Corner Hadapi 5 Pertuduhan Akta GST 2014

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 10:54 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua pemilik Restoran Hameeds Corner di sini pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan mengeluarkan kira-kira 2,000 keping invois cukai tidak mengandungi butiran ditetapkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Rajabunesah Bagam Kamarudeen, 38, dan Muhammad Peer Abdullah, 35, menghadapi pertuduhan itu selepas Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid melepas dan membebaskan Restoran Hameeds Corner daripada lima pertuduhan yang sama.

Hakim memutuskan sedemikian selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Hazril Harun menarik balik kesemua pertuduhan ke atas restoran itu.

Restoran Hameeds Corner yang dihadapkan ke mahkamah pada 30 April lepas merupakan pihak berdaftar di bawah Akta GST yang pertama menghadapi pertuduhan di bawah akta itu sejak dilaksanakan 1 April lepas.

Rajabunesah Bagam dan Muhammad Peer selaku orang kena saman mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan sebagai orang berdaftar di bawah Akta GST yang membuat pembekalan bercukai telah mengeluarkan kira-kira 2,000 keping Invois Cukai yang tidak mengandungi butiran ditetapkan mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan GST 2014.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan di premis restoran di No.3-1-1, Suria Avenue Apartment 16/2, Seksyen 16 di sini dari 7 April sehingga 11 April lepas mengikut Seksyen 33 (2) (b) Akta GST 2014 yang membawa hukuman  denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Azhari membenarkan Rajabunesah Bagam dan Muhammad Peer dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Hazril mencadangkan agar kedua-dua pemilik restoran berkenaan dibebaskan dengan jaminan RM50,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan.

Peguam S.Selvam yang mewakili Rajabunesah Bagam dan Muhammad Peer bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk membangkitkan isu jaminan memandangkan kes dihadapi kedua-dua anak guamnya ialah kes saman.

Beliau berkata jika mahkamah cenderung untuk membenarkan ikat jamin, pihaknya mencadangkan kedua-dua anak guamnya dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan.

Selvam dalam pada itu turut membantah pertuduhan yang dikenakan ke atas kedua-dua anak guamnya atas alasan pertuduhan tersebut pramatang.

"Pohon mahkamah rujuk kenyataan akhbar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk T.
Subromaniam sebelum ini yang memberitahu mana-mana peniaga yang masih belum pasang sistem pengkomputeran 'tempat jual (POS) diberi tempoh sehingga 30 Sept ini.

Sistem ini berkaitan dengan pertuduhan ke atas anak guam saya dan jelas ia pramatang kerana tarikh pertuduhan adalah di antara 7 hingga 11 April sedangkan pihak kerajaan telah beri tempoh sehingga 30 Sept ini," katanya.

Menjawab bantahan itu, Raja Rozela berkata kedua-dua kenyataan akhbar tersebut tidak relevan dalam kes ini memandangkan Chua dan Subromaniam bukan pihak pendakwa raya dan tiada apa-apa yang boleh menghalang tuduhan dibuat ke atas kedua-dua pemilik restoran itu.

"Peguam juga tidak mengemukakan mana-mana peruntukan di bawah undang-undang bagi menyokong dakwaan beliau bahawa tuduhan ini adalah pramatang.

Dakwaan peguam tiada asas dan pohon bantahannya ditolak," katanya.
Hakim Ahmad Azhari membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menolak bantahan itu.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir, Selvam memberitahu pihaknya akan memfailkan semakan berhubung pertuduhan dan isu jaminan ke atas anak guamnya di Mahkamah Tinggi pada minggu ini.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan