Bapa, Dua Anak Lelaki Didenda Ceroboh Kawasan Rumah

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 6:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat menceroboh kawasan perumahan, seorang bapa dan dua anak lelakinya masing-masing didenda RM1,900 oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Aloysius, 32, yang bekerja sendiri, I. Puspu Nathan, 63, tidak bekerja dan P. Nelson, 39, seorang ahli perniagaan setelah ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah melakukan pencerobohan dengan memasuki kawasan rumah secara tidak sah kepunyaan B. Viknaswaran, 31.

Mahkamah juga memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Ketiga-tiga tertuduh membayar denda itu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kampung setinggan Sri Pandan Jaya, di sini pada pukul 8.45 pagi, 19 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman berbentuk denda dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama dan menyesal serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak.

Sementara itu, seorang bekas buruh didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menipu seorang warga emas enam tahun lepas.

K. Vasanta Kumar, 34, mengaku tidak bersalah menipu suri rumah, Khatijah Zainal Abidin,77, di rumah mangsa di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini pada 10.30 pagi, 27 November 2009.

Dia didakwa meminta mangsa menandatangani dua cek kosong Maybank dengan mengatakan bahawa tandatangannya tidak betul dan dikhuatiri tidak diterima pihak bank dan minta tandatangan cek kosong lain sehingga mangsa kerugian RM13,500.

Vasantha, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Majistret Mohammad Faizal Ismail tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan