Bekas Pengarah Syarikat Perladangan Hadapi 8 Pertuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 8:05 PM

Pannirselvam Subramaniam menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang bekas pengarah syarikat perladangan pada Jumaat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan pecah amanah jenayah dan empat pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana penjualan tanah di Cameron Highlands kira-kira lapan tahun lepas.

Pannirselvam Subramaniam, 61, mengaku tidak bersalah ketika kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun untuk sebutan semula kes.

Rihaida turut memerintahkan Pannirselvam menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah.

Bagi pertuduhan pecah amanah jenayah, bekas pengarah Syarikat Blue Plantations Sdn Bhd itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan sebatan dan boleh juga didenda jika sabit kesalahan.

Pannirselvam, selaku ahli lembaga pengarah Blue Valley Plantation Berhad, didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan tiga keping cek berjumlah RM455,000 di Public Bank Berhad, Cawangan Ayer Tawar, Ipoh pada 27 Jun 2008.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah membabitkan sekeping cek bernilai RM400,000.70 pada 8 Ogos 2007 di pejabat firma guaman K.H Ong dan Ng Advocates  and  Solicitors, Taman Chateau, Ipoh Public Bank Berhad, Cawangan Ayer Tawar, Ipoh pada 8 Ogos 2007.

Pannirselvam turut berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram  and  Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM5 juta, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia terlibat dalam amalan pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan tiga cek Public Bank Berhad  berjumlah RM455,000 milik Firma Guaman Ong Keong Huat ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya pada 27 Jun 2009, yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Pertuduhan keempat pula mendakwa, tertuduh selaku ahli lembaga pengarah Blue Valley Plantation Berhad, didapati terlibat dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang tunai RM400,000.70 daripada seorang individu bernama Kwang Keh Chong pada 8 Ogos 2007 di pejabat firma guaman K.H Ong dan Ng Advocates and Solicitors, Taman Chateau, Ipoh Public Bank Berhad, Cawangan Ayer Tawar, Ipoh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Tags / Kata Kunci: Pengubahan Wang Haram , Pecah Amanah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan