Curi Wang Mangsa MH370: Bekas Pegawai Bank Dipenjara 6 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 4:50 PM

Bekas pegawai bank HSBC Nur Shila Kanan (tengah) dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan termasuk enam pertuduhan mencuri wang milik dua penumpang dan seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370, Khamis. Antara lain dia dituduh mencuri RM75,000 milik penumpang rakyat Malaysia, Hue Pui Heng dan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun dua mangsa MH370 iaitu Ju Kun, warganegara China, dan Tan Size Hiang, seorang pramugara mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai bank HSBC dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis berhubung kehilangan wang berjumlah RM77,530 daripada akaun simpanan tiga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Shila Kanan,34, selepas dia mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan termasuk enam pertuduhan mencuri wang milik dua penumpang dan seorang anak kapal.

Tiga lagi pertuduhan adalah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, dua pertuduhan menipu penyelia bank dan satu pertuduhan menggunakan borang palsu.


Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 bulan hingga enam tahun bagi setiap pertuduhan yang kesemuanya berjumlah 28 tahun empat bulan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Norsharidah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.

Beliau berkata hukuman itu diharap memberi pengajaran kepada tertuduh kerana tindakannya yang tidak amanah dan mengambil kesempatan telah mencemarkan imej Malaysia dan institusi perbankan.

"Masalah awak masalah peribadi, awak sepatutnya fikir dahulu awak ada anak, fikir sebelum bertindak. Kepentingan awam adalah penting, awak berkecenderunganmelakukan perbuatan sama di masa hadapan, kita tidak mahu tindakan pegawai bank yang tidak amanah, yang salah guna, itu tidak betul," katanya.

Hakim itu berkata tertuduh yang merupakan ibu kepada tiga anak itu bernasib baik kerana tidak dikenakan hukuman sebat. 

Nur Shila yang memakai baju kurtis berwarna hijau dan berselendang hitam di kandang tertuduh kelihatan tenang dan mengangguk faham selepas hakim menjatuhkan hukuman.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa anak ketiganya masih menyusu dan mengakuikesalahannya serta memohon maaf atas perbuatan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mempertimbangkan kesan daripada kesalahan yang dilakukan tertuduh.

"Tindakan tertuduh telah memberi kesan kepada empat golongan, pertama ia telah menyusahkan keluarga mangsa MH370 yang telah kehilangan anggota keluarga,kedua telah memberi kesan kepada institusi perbankan yang menjadi buruk dan tidak dipercayai.

"Ketiga kesan kepada masyarakat iaitu masyarakat takut untuk menggunakan khidmat perbankan dan keempat kesan kepada negara yang mana telah memberi imej buruk kepada Malaysia di mata negara asing terutamanya negara China," hujahnya. 

Nur Shila didakwa mencuri wang berjumlah RM75,000 milik penumpang rakyat Malaysia, Hue Pui Heng dan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun duamangsa MH370 iaitu Ju Kun, warganegara China, dan Tan Size Hiang, seorang pramugara.

Dia juga didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu borang permohonan baharu kad debit atas nama penumpang rakyat China, Tian Jun Wei dan dua borang pindahan tempatan akaun simpanan atas nama Ju Kun dan Tan.

Nur Shila juga dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu Borang Permohonan Perkhidmatan Perbankan Internet atas nama Judy Margaret Lai untuk mendapatkan
'Security Device' bagi mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet.

Nur Shila juga didakwa menipu penyelia bank, Nor Aini Derus@Mat Rose dan Mohd Fazli Mokhtar untuk mempercayai permohonan baharu kad debit bagi akaunsimpanan Tian dan Lai telah  dibuat oleh pemohon sendiri.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei 2014 dan 11.28 malam 29 Jun 2014.


Semalam mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan terhadap suami Nur Shila, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, selepas dia mengaku  bersalah terhadap empat pertuduhan mencuri wang daripada akaun simpanan seorang penumpang pesawat MH370.
Tags / Kata Kunci: MH370 , curi wang , Nur Shila Kanan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan