Juruteknik DBKL Mengaku Tidak Bersalah Ambil Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas juruteknik Dewan Bandaraya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini menerima rasuah dalam bentuk kontrak.

Mohd Dasuky Abdul Manaf, 27, yang kini merupakan penolong jurutera DBKL, dituduh pada Selasa mengambil rasuah dalam kerja-kerja pembinaan 'Guardrail'.

Ia adalah untuk projek penyelenggaraan perparitan utama di dua lokasi di Sentul bernilai RM56,240 dari sebuah syarikat yang dikenali sebagai Primak, di mana syarikatnya, Teras Paskal Enterprise adalah sub-kontrak.

Dia dikatakan telah melakukan kesalahan itu sebagai dorongan untuk mengesahkan semua kerja yang dijalankan oleh Primak seperti yang dinyatakan dalam laporan.

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim telah memohon kepada mahkamah untuk menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Merayu ikat jamin lebih rendah pada Isnin, dia berkata perlu menyara isterinya, seorang anak dan ibu bapanya di kampung dan juga untuk membayar hutang dengan bank.

Hakim Mahkamah Sesyen Allaudeen Ismail menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes.
Tags / Kata Kunci: rasuah , DBKL

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan