"Karektor Anwar Boleh Tentukan Beliau Bermoral Atau Sebaliknya" - Peguam

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 7:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karektor lampau yang boleh menentukan sama ada beliau seorang yang bermoral atau sebaliknya.

Muhammad Shafee yang mewakili Senator Datuk S. Nallakarupan berkata demikian ketika prosiding kes saman fitnah yang difailkan Anwar, 68, terhadap Nallakarupan berhubung kenyataan bahawa Anwar menerima wang RM60 juta yang dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian pada 2008.

Beliau berkata mengikut Seksyen 8 Akta Keterangan 1950, perlakuan semasa, sebelum dan selepas masih relevan jika ia merujuk kepada sesuatu isu termasuk dalam kes fitnah.

Ketika pemeriksaan balas, Muhammad Shafee turut mengemukakan soalan kepada Anwar sama ada beliau bersetuju bahawa pernah dipenjarakan selama enam tahun pada 1999 setelah didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Anwar berkata: "Setuju."

Muhammad Shafee: "Dalam kes liwat I, Datuk Seri ada buat permohonan untuk mengeluarkan kenyataan dalam penghakiman bertulis yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad? (kenyataan itu menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual)."

Anwar: "Ya."

Muhammad Shafee: "Permohonan Datuk Seri tidak berjaya?"

Anwar: "Ya."

Selain itu, Muhammad Shafee turut menyoal mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu, dalam kes liwat terhadap pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, pada 26 Jun 2008 tetapi dibantah oleh peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar dengan mendakwa soalan itu tidak relevan.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab yang mendengar kes tersebut kemudian memerintahkan kesemua pihak berhujah pada Khamis depan sebelum pemeriksaan balas diteruskan.

Pada awal prosiding, ketika pemeriksaan utama, Anwar yang merupakan plaintif dan saksi tunggal, berkata Nallakarrupan memfitnahnya dengan menuduh bahawa dia telah mengambil wang RM60juta daripada tangannya sendiri.

Anwar berkata wang itu didakwa diterima daripada syarikat perjudian Magnum Corporation Bhd dan Nallakaruppan mengeluarkan perkataan fitnah tersebut ketika tempoh berkempen untuk pilihan raya Permatang Pauh yang telah ditetapkan untuk pengundian pada 26 Ogos 2008.

"Pada masa itu saya adalah calon bagi Parti Pakatan Rakyat (PKR) dan saya percaya bahawa perkataan tersebut dikeluarkan untuk menjejaskan peluang saya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh tersebut," katanya.

Tambah Anwar, perkataan fitnah itu telah memberi kesan buruk hingga memaparkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang pernah melakukan perkara tidak bermoral (Anwar merupakan Menteri Kewangan ketika dakwaan penerimaan itu) dan dia tidak layak menjadi seorang pemimpin politik.

Sebelum prosiding bermula, berlaku pertengkaran antara penyokong Anwar dan Nallakaruppan, hingga memaksa polis mahkamah campur tangan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan