Kes Pemindahan Wang Mangsa MH370 Ditangguh Ke Rabu Depan

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 8:02 AM

Mahkamah Sesyen menangguhkan hukuman terhadap suami isteri Nur Shila Kanan, 34, (kanan) dan Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, (kiri) yang didakwa memindahkan dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 kepada Rabu depan (20 Mei).FOTO: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan hukuman terhadap sepasang suami isteri yang didakwa memindahkan dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kepada Rabu depan.

Penangguhan tersebut ekoran peguam yang mewakili pasangan tersebut menarik diri daripada mewakili mereka.

Nur Shila Kanan, 34, menghadapi 12 pertuduhan manakala suaminya, seorang mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, menghadapi empat pertuduhan. 

Dalam prosiding itu, peguam YS Chong dan Collin Arvind Andrew memberitahu Hakim Norsharidah Awang bahawa penarikan diri mereka atas alasan pasangan tersebut tidak memberi arahan selanjutnya dan kerjasama yang sepatutnya.

Chong memberitahu pihaknya telah menyediakan rayuan berkenaan namun tidak dapat dikemukakan kerana pasangan itu telah melantik peguam baharu dan turut berhasrat untuk menukar pengakuan mereka.

Norsharidah kemudian menangguhkan prosiding tersebut kepada Rabu depan untuk mendengar rayuan dan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap pasangan itu.

Pada 20 Ogos tahun lepas, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan perbicaraan bermula pada 16 April lalu dengan memanggil empat saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, pasangan itu menukar pengakuan bersalah pada 28 April lepas dan mahkamah telah membacakan pertuduhan semula dan mensabitkan kesalahan tersebut terhadap mereka.

Nur Shila didakwa memindahkan wang milik rakyat Malaysia, menggunakan dokumen palsu sebagai tulen dan menipu penyelia bank serta mencuri wang tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bank HSBC tempat dia (Nur Shila) bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lepas.

Sementara itu, suaminya menghadapi pertuduhan menggunakan kad debit dan kad TM untuk mengeluarkan wang mangsa di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang disini antara 10.02 pagi 15 Mei tahun lepas dan 11.28 malam 29 Jun tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua tertuduh sebelum ini telah beberapa kali melantik peguam dan mereka (peguam) turut menarik diri daripada mewakili mereka.

"Kesemua peguam terdahulu menarik diri atas alasan gagal mendapat arahan dan kerjasama dari pasangan itu dan situasi berkenaan masih berlaku sehingga hari ini. Ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai niat untuk melengah-lengahkan proses mahkamah,"katanya.

Tags / Kata Kunci: curi wang mangsa MH370

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan