Dua Sahabat Terlepas Hukuman Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 4:55 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua sahabat terlepas daripada hukuman penjara 30 tahun setelah Mahkamah Sesyen di sini, Khamis melepas dan membebaskan mereka atas pertuduhan membunuh tanpa niat seorang rakan mereka, di sini, Januari tahun lalu.

Hakim Noraini Ismail menetapkan keputusan itu ke atas R. Jesus, 22, dan R. Mahenthiren, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua mereka.

Pada 18 Jan 2014, kedua-dua mereka bersama tiga individu lain yang masih bebas, didakwa memukul seorang rakan mereka, M. Sugu, 20, di Jalan Datuk Yunus, Taman Perindustrian Datuk Yunus Sulaiman pada pukul 2.50 pagi.

Akibat kejadian itu, mangsa telah beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan rumahnya, sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana didapati tangan mangsa menggigil dan mengalami sesak nafas empat hari kemudian.

Pada 24 Jan, mangsa dilaporkan kritikal dan ahli keluarganya membuat laporan berhubung insiden itu di Balai Polis Sentral.

Dua hari kemudian mangsa meninggal dunia di HSA dengan keputusan bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah disebabkan jangkitan kuman di kepala.

Dalam hujah pembelaan, dua peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh iaitu A.

Vimala dan Chuah Shyue Chien berkata pihak pendakwaan gagal menunjukkan kematian mangsa disebabkan perbuatan kedua-dua anak guam mereka, selain terdapat percanggahan dalam maklumat lokasi kejadian.

Kes yang dibicarakan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu, telah menjalani tempoh perbicaraan selama setahun dengan 25 saksi termasuk ahli keluarga, doktor dan pakar kimia dipanggil bagi memberi keterangan.

Terdahulu, di mahkamah yang sama, sebuah syarikat pembinaan didakwa atas kesalahan gagal mengemukakan dokumen diperlukan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor dalam tempoh tiga hari mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipecatutan 2011.

Syarikat itu yang diwakili Pengarahnya, Chong Yong Soon, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan kes, syarikat Hua Meng Trading Sdn Bhd yang beralamat di Jalan Sri Tanjung, Mukim Parit Jawa, Muar dekat sini, didapati gagal mematuhi arahan notis yang dikeluarkan Penolong Pengawai PPDNKK Johor pada 27 Mac.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zaileen Zubir manakala tertuduh diwakili peguam Zainal Nuruddin.

Kes akan disebut semula pada 28 Mei ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Johor, Mohamad Mokhtar Yeop dalam satu kenyataan berkata notis itu dikeluarkan untuk meminta syarikat berkenaan melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang diperlukan pihaknya bagi melakukan siasatan ke atas laporan harga simen yang naik di premis terbabit.

"Selepas mendapat aduan orang ramai, sepasukan pegawai penguat kuasa telah diarahkan bagi menyiasat dan didapati harga yang ditawarkan adalah melebihi harga jualan sebelum 1 April dan notis telah dikeluarkan namun tidak dipatuhi," katanya.

Ekoran ketidakpatuhan itu, mahkamah mengganggap ia satu kesalahan di bawah Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Antipecatutan 2011 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 (bagi suatu pertubuhan perbadanan) atau denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya (bagi bukan suatu pertubuhan perbadanan).

Tags / Kata Kunci: Johor , Bunuh

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan