Mahkamah Persekutuan Akan Dengar Hujah Berhubung Undang-Undang Islam

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Ogos untuk mendengar hujah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhubung sama ada undang-undang Islam adalah tertakluk kepada kebebasan asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peguam MAIWP, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata majlis itu telah mengambil pendirian berbeza dalam rayuan kes di mana seorang peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin yang memohon untuk diterima masuk sebagai seorang peguam syarie dalam Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata dengan hujah baru yang tidak pernah dibangkitkan sebelum ini, kedua-dua responden (Martin) dan Jabatan Peguam Negara mahu mengkaji dan mengeluarkan penghujahan untuk dipertimbangkan berhubung isu itu.

Sementara itu, peguam Martin, Ranjit Singh berkata Mahkamah Persekutuan membenarkan penangguhan pendengaran rayuan yang dikemukakan oleh MAIWP dan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dijadualkan pada Khamis.

"Ini adalah satu titik baru bagi kepentingan perlembagaan yang bersejarah," kata beliau sambil menambah bahawa penangguhan itu juga diberikan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara membuat keputusan mengenai pendiriannya berhubung isu itu.

Rayuan seterusnya adalah untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Khainur Aleeza Ismail yang menetapkan 13 Ogos untuk mendengar rayuan MAIWP dan Jabatan Peguam Negara terhadap Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa peguam bukan Islam layak untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan, yang diketuai pada masa itu oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Samah Nordin (kini hakim Mahkamah Persekutuan), mengisytiharkan Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1993 yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam Syariah adalah ultra vires dengan Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan semakan kehakiman oleh Martin, memutuskan bahawa MAIWP mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menetapkan syarat bagi menerima peguam syarie.

Martin, 53, memperoleh Diploma Undang-Undang dan Amalan Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2004.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Khainur juga menetapkan 13 Ogos untuk mendengar rayuan Kerajaan Negeri Sembilan dan empat yang lain berhubung keputusan penting Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan tidak sah enakmen Syariah negeri yang menghukum transgender lelaki Islam mengenakan pakaian wanita.

Perkara itu juga dikemukakan di hadapannya untuk pengurusan kes hari ini.

Peguam Aston Paiva yang mewakili tiga transgender itu berkata Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan balas berhubung cara berpakaian dan rayuan MAIWP dalam kes Martin pada hari yang sama kerana kerajaan Negeri Sembilan telah menimbulkan isu sama.

"Saya tidak pasti sama ada panel hakim yang sama akan mendengar rayuan kami," katanya.

Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua pendakwa Syarie Negeri Sembilan memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan pada 27 Jan tahun ini untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada 7 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dibawa oleh ketiga-tiga transgender berkenaan - Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 - dan mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Dalam semakan kehakiman mereka, Muhammad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol yang merupakan jurumekap pengantin mendakwa bahawa seksyen 66 tidak terpakai kepada mereka sebagai penghidap kecelaruan identiti gender (GID).

Mereka mendakwa bahawa mereka telah mengemukakan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa mereka mengalami keadaan perubatan GID iaitu berkecenderungan untuk berpakaian seperti wanita kerana memiliki naluri sebagai wanita.

Tags / Kata Kunci: Maiwp , Mahkamah Persekutuan

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan