Lesapkan Wang Mangsa MH370: Suami Isteri Dijatuhi Hukuman Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 8:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang melesapkan wang dari akaun bank empat penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang akan dijatuhi hukuman pada Jumaat.

Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menyabitkan pegawai bank, Nur Shila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, kedua-duanya berusia 34 tahun selepas mereka mengaku melakukan kesalahan tersebut.

Apabila pasangan suami isteri itu tiba-tiba cuba menukar pengakuan kepada tidak bersalah, hakim menafikan tindakan tersebut.

Norsharidah berkata tindakan tersebut tidak boleh diterima kerana tertuduh sudah menyatakan mereka faham dan mengakui kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Mahmud menggesa mahkamah untuk turut mempertimbangkan bahawa Nur Shila dan Basheer berulang kali menghentikan kes itu dan menukar peguam mereka.

Pasangan tersebut menukar peguam mereka lima kali sejak kes itu dibawa ke mahkamah pada tahun lalu.

Norsharidah menetapkan 15 Mei untuk menjatuhkan hukuman terhadap pasangan suami isteri tersebut.

Pada 14 Ogos 2014, pasangan tersebut didakwa membuat pindahan dan pengeluaran wang berjumlah RM85,180 secara haram dari akaun empat penumpang pesawat MH370.

Nur Shila didakwa atas 12 pertuduhan kerana memindahkan wang daripada akaun bank HSBC ke bank lain, mencuri, mendapat kelulusan kad debit dan memohon perbankan Internet baharu dengan niat untuk menipu dan menggunakan dokumen palsu di cawangan HSBC di Lebuh Ampang dari 14 Mei hingga 14 Julai.

Suaminya yang bekerja sebagai mekanik dituduh atas empat pertuduhan termasuk menggunakan kad debit dan kat ATM untuk mengeluarkan wang dari akaun bank mangsa.

Wang dari akaun dua warga China, Ju Kun dan Tian Jun Wei dan warga Malaysia, Hue Pui Peng dan anak kapal MH370, Tan Size Hiang dilaporkan hilang.


Tags / Kata Kunci: MH370 , lesap , wang , HSBC

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan