Ahli Perniagaan Jerman Dipenjara Sebulan Kerana Ganggu Kru MAS - Berita Mahkamah | mStar

Ahli Perniagaan Jerman Dipenjara Sebulan Kerana Ganggu Kru MAS

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 12:58 PM

Mahkamah Sesyen Sepang menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Dietmar kerana mengganggu kru MAS.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ahli perniagaan Jerman dihukum penjara sebulan kerana menggugat keselamatan kru Penerbangan Malaysia (MAS) ketika dalam perjalanan ke Sri Lanka pada Ahad.

Dietmar Ross, 54 mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas didakwa membahayakan kru kabin apabila meninggikan suara, tidak mematuhi arahan dalam pesawat dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Ahli perniagaan berpangkalan di Bali itu didakwa mengikut Peraturan 70 (1) Peraturan Penerbangan Awam 1996 kerana menggugat keselamatan pesawat atau individu lain dalam penerbangan.

Dilaporkan seorang penumpang mengganggu perjalanan pesawat ke Colombo hingga menyebabkan ia terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

MAS dalam kenyataannya memberitahu penumpang itu mengganggu kru sebaik pesawat MH179 itu berlepas pada pukul 11.27 malam.

Berikutan itu juruterbang pesawat itu memutuskan untuk berpatah balik ke KLIA dan penumpang terlibat diserahkan kepada pihak berkuasa sebaik mendarat. Pesawat itu kemudian meneruskan perjalanan dan tiba di Colombo pada pukul 12.18 pagi waktu tempatan.

Tags / Kata Kunci: MAS , Dietmar Ross , Sri Lanka
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan