Dua Syarikat Didenda RM140,000 Bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 6:32 PM

Pengurus Bakeri Aeon Co (M) Bhd Mohd Ridzuan Cheah Abdullah (tengah) dijatuhi hukuman denda RM110,000 atas empat pertuduhan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 oleh Mahkamah Seksyen Melaka sini hari ini. Mengikut pertuduhan, syarikat itu melakukan semua kesalahan itu di kedai roti La Boheme, AEON Melaka Store Jalan Tun Razak pada 6.01 petang pada 17 Mac lalu.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua syarikat didenda keseluruhan RM140,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Hakim Amran Jantan menjatuhkan hukuman denda RM110,000 terhadap AEON Co. (M) Bhd. diwakili Pengurus Bakerinya Mohd Ridzuan Cheah Abdullah setelah mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang masing-masing dikenakan denda RM20,000; RM25,000; RM30,000; dan RM35,000.

Syarikat itu didakwa mencatut dengan menaikkan harga jualan daripada RM1.20 kepada RM1.50 yang menyebabkan kenaikan kepada margin keuntungan bersih roti almond muffin, roti vanilla muffin, roti chocolate chips muffin dan roti blueberry muffin. (nota:setiap jenis roti, satu pertuduhan).

Mengikut pertuduhan, syarikat itu melakukan semua kesalahan itu di kedai roti La Boheme, AEON Melaka Store, Jalan Tun Razak di sini pada pukul 6.01 petang, 17 Mac lepas.

Dengan itu syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya didenda tidak melebihi RM1 juta.

Dalam mahkamah yang sama juga, Amran menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap AEON Fantasy (Malaysia) Sdn. Bhd. diwakili Konsultannya Norsiah Ahmad setelah mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan di bawah akta itu.

Syarikat itu didakwa gagal mematuhi arahan Penolong Pengawal Harga melalui notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh ditetapkan iaitu pada atau sebelum 13 Februari lepas.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan melakukan kesalahan itu di premis AEON Fantasy (Malaysia) Sdn. Bhd., Jusco Bandaraya Melaka di sini pada 14 Februari lepas.

Dengan itu syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta yang sama memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000.

Amran ketika menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua kes itu, berkata beliau mengambil kira kepentingan awam sebagai prinsip utama dalam menjatuhkan hukuman.

Beliau berkata semua pihak perlu memahami bahawa objektif utama Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 adalah untuk melindungi hak pengguna dan kepentingan awam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datin Tey Lee Ly dan Insyariza Ibrahim, manakala kedua-dua syarikat itu tidak diwakili peguam.-- Bernama


 

Tags / Kata Kunci: AEON , La Boheme , Melaka

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan