SPRM Diarah Bayar Ganti Rugi RM600,000 Kepada Keluarga Teoh

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 6:00 PM

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman kecuaian yang difailkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini, Selasa.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rosnaini Saub pada Selasa mengarahkan defendan untuk membayar RM600,000 sebagai ganti rugi selepas defendan mengakui melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian Teoh.

Rosnaini turut memerintahkan defendan membayar kos RM60,000 kepada keluarga mendiang.

Bapa mendiang, Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hoi, tunang Teoh, Soh Cher Wei dan anak lelakinya, Teoh Er Jia selaku plaintif memfailkan saman kecuaian itu pada 3 Oktober 2012 dan menamakan SPRM, kerajaan dan 12 yang lain selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka mendakwa SPRM telah dengan  salah menyerang, menyebabkan ketakutan dan tekanan melampau kepada mendiang. 

Oleh itu, pihak plaintif menuntut ganti rugi antaranya ganti rugi bagi  kehilangan tempat bergantung, kesedihan dan kecuaian. 

Teoh, 30, ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14, bangunan sama.

Sementara itu, kesemua defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menafikan dakwaan plaintif dan sebaliknya mendakwa kematian Teoh disebabkan kecuaian sendiri.

Dalam pada itu, Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan ketika ditemui pemberita berkata defendan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM600,000 kepada keluarga mendiang mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad kes saman berkenaan.

Beliau berkata, penyelesaian itu adalah terhadap tuntutan kecuaian yang dikemukakan plaintif terhadap defendan manakala bagi tuntutan mengancam dan mencederakan pula, plaintif akan bersandar kepada keputusan Mahkamah Rayuan supaya polis menjalankan siasatan lanjut dan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian mendiang akan didakwa dengan serta merta.

Pada 5 September 2014, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Teoh dan memutuskan bahawa kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membuat keputusan itu sebulat suara dan memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan berkaitan kematian itu, tanpa mengecualikan pegawai daripada SPRM.

Tags / Kata Kunci: Teoh Beng Hock , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan