Dua Rakan Ke Tali Gantung Kerana Edar Dadah

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Ahad atas kesalahan mengedar dadah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhi hukuman itu terhadap K. Siva, 32, dan S. Satish, 22, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes.

Siva, seorang mekanik dan Satish, pekerja pendawaian, didakwa mengedar dadah berbahaya seberat 196.4 gram (iaitu 156.1 gram heroin dan 40.3 gram monoacethylmorphines) pada 19 Julai 2012 di hadapan lorong Bangunan HPA, Jalan Cempaka 1, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani lebih kurang pukul 7 malam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin manakala pihak pembelaan diwakili T.Jayaraj.

Tags / Kata Kunci: Zaki Abdul Wahab , Satish

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan