Dokumen Pintasan Komunikasi Tidak Dirahsiakan Pada 2013

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa dokumen-dokumen mengenai pintasan perbualan telefon enam individu, yang dituduh dalam perbicaraan pencerobohan Lahad Datu, tidak lagi menjadi rahsia pada 2013.

Pegawai penyelaras operasi Cawangan Khas (SB) Bukit Aman ASP Wan Kamal Rizal Wan Daud berkata beliau telah mengubah status dokumen itu mengikut Seksyen 2C di bawah Akta Rahsia Rasmi pada tahun itu.

Apabila ditunjukkan dokumen pintasan komunikasi itu di mahkamah, pegawai polis itu tidak tahu mengapa tarikh pengubahan status pada dokumen itu dicatatkan sebagai 30 Disember, 2014.

"Saya tidak tahu kenapa dalam dokumen di hadapan saya sekarang telah ditandatangani oleh Ketua Polis Negara pada 2014," katanya ketika disoal balas oleh peguam Datuk N. Sivananthan.

Wan Kamal Rizal memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dua tahun lepas.

Saksi itu juga tidak bersetuju dengan Sivananthan bahawa dokumen-dokumen yang ditunjukkan kepadanya kelihatan seperti produk pintasan komunikasi mengenai tertuduh - Anwar Salib Akhmad, Tani Lahaddahi, Abdul Majil Jubin, Basil Samiul, Norhaida Ibnahi dan Datu Amir Bahar Hushin Kiram.   

"Saya tidak dapat pastikan dokumen ini adalah produk pintasan komunikasi kerana ia berbeza daripada apa yang saya terima," katanya.   

Wan Kamal Rizal memberitahu mahkamah bahawa dokumen-dokumen yang diubah status pada 2013 kini berada di pejabatnya di Bukit Aman.

Seramai 27 warganegara Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka turut dituduh merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.  

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April, 2013.   

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: Pencerobohan Lahad Datu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan