Bekas Model Tanggal Pakaian Di Petaling Street Diikat Jamin

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 12:36 PM

Persana Avril Sollunda diiringi polis di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas lapan hari ditahan di Penjara Kajang, wanita yang menanggalkan bajunya di Jalan Petaling baru-baru ini dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Siti Radziah Kamarudin membenarkan Persana Avril Sollunda, 33, diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di mana-mana balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Siti Radziah juga memerintahkan Persana Avril, yang berasal dari Sabah, tidak meninggalkan Semenanjung Malaysia sehingga kesnya selesai.

Tertuduh yang memakai kot hitam labuh, skirt pendek dan kasut but diikat jamin oleh adik lelakinya.

Sebelum prosiding bermula, tertuduh yang merupakan seorang pekerja spa kelihatan gembira dan berbual-bual dengan seorang tertuduh lain yang berada bersamanya di kandang tertuduh.

Pada 28 April lalu, Persana Avril yang juga model sambilan didakwa di Mahkamah Majistret kerana menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam.

Gambarnya tanpa baju dan coli dirakam dan disebar di laman sosial dan menjadi viral.
 Pada hari itu mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap wanita itu kerana tiada penjamin yang hadir.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam, di Jalan Petaling, di sini pada 2.07 petang, 23 April mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga membacakan sekali lagi pertuduhan terhadap Persana Avril.
Wanita itu mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya selepas pertuduhan itu dijelaskan oleh peguamnya Muhammad Nor Izzat Nordin.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi menawarkan RM10,000 dengan dua penjamin atas alasan kemungkinan tertuduh akan meninggalkan Semenanjung Malaysia tetapi Nor Izzat memohon mahkamah menurunkan jaminan itu kepada RM1,000 kerana kesalahan yang dilakukan anak guamnya adalah kecil.

Beliau berhujah prinsip ikat jamin bukan untuk menghukum tertuduh sebaliknya untuk memastikan dia hadir ke mahkamah untuk perbicaraan seterusnya.

Mahkamah menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan