Kes Saman Keluarga Aminulrashid Ditangguh Pada 15 Mei

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 5:55 PM

Jenain Subi.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi pada Selasa menangguhkanke 15 Mei untuk menyambung perbicaraan kes saman sivil terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia yang dikemukakan oleh keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja lelaki yang ditembak mati seorang anggota polis, lima tahun lepas. 

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan sedemikian selepas peguam N.Surendran yang mewakili keluarga remaja lelaki itu memaklumkan bahawa pihaknya masih gagal mengesan saksi pertama pihak plaintif.  |

Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, Surendran berkata pihaknya masih dalam proses mengesan saksi berkenaan yang merupakan seorang pegawai polis. 

"Perbicaraan kes akan berlangsung 15 Mei depan. Buat masa ini, saksi plaintif iaitu seorang pegawai polis masih gagal dikesan meskipun sapina sudah dihantar," katanya. 

Saman sivil tersebut difailkan bagi menuntut gantirugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Koperal Jenain Subi.  

Dalam saman itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 66, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 45, selaku plaintif menamakan Jenain, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi disini yang melepas dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010. 

Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja berumur 15 tahun itu dengan tujuan menghentikannya.

Tags / Kata Kunci: Aminulrashid , polis tembak , tangguh

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan