Pelajar Malaysia Di London Dipenjara 5 Tahun Miliki Foto Pornografi Kanak-Kanak Melampau

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 9:18 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia berusia 23 tahun dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah British kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video pornografi kanak-kanak.

Nor Nordin, yang tiba di United Kingdom pada 2014 selepas memenangi biasiswa untuk belajar di Imperial College, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Southwark Crown Court, Khamis, untuk sejumlah 13 kesalahan.

Kesalahan-kesalahannya, seperti yang dilaporkan dalam media British, termasuklah memiliki imej tidak senonoh dan video bawah umur, dan 'berniat untuk mengedarkan bahan tersebut'.

Turut dilaporkan bahawa dia berdepan dengan kemungkinan dihantar pulang serta-merta setelah dibebaskan dari penjara.

Akhbar British melaporkan bahawa Nor Nordin telah ditangkap dalam satu serbuan di rumahnya di Queensborough Terrace, London pada 20 November tahun lalu yang menyimpan 600 video dan foto 'Kategori A'.

Kategori A' digunakan oleh penguatkuasa undang-undang di United Kingdom untuk menentukan bentuk penderaan seksual kanak-kanak yang paling melampau, melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Dilaporkan bahawa pegawai penyiasat kes itu, Detektif KOnstable Sara Keane dari Unit Jenayah Serius Metropolitan berkata Nur Nordin juga terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran gambar dan video.

"Nor Nordin terlibat dalam membuat dan berkongsi beberapa gambar yang paling teruk yang pernah dilihat oleh pegawai-pegawai yang bekerja dalam bidang ini," katanya.

Keane berkata hukuman penjara terhadap Nor Nordin tidak dapat dielakkan kerana jumlah imej dan 'kandungan membimbangkan' yang menjadi miliknya.
Tags / Kata Kunci: pornografi kanak-kanak , Nor Nordin

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan