Pekerja Kedai Emas Tidak Mengaku Bersalah Sebabkan Kematian Rakan

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 5:21 PM

S. Rajasekaran didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyebabkan kematian rakan sekerjanya di kedai emas di Jalan Tengku Kelana dua bulan lepas.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pekerja kedai emas warga India didakwadi Mahkamah Sesyen pada Rabu atas tuduhan menyebabkan kematian rakan sekerjanya di sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana di sini, dua bulan lepas.

S. Rajasekaran, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Ramu Subramani, 44, yang juga seorang warga India, di kedai emas S.O. Arjuna Jewellers, pada kira-kira 2 pagi, 11 Feblepas.

Rajasekaran didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.   

Hakim Suzana tidak membenarkan tertuduh yang diwakili peguam, S.K. Paridiikat jamin memandangkan dia warga asing.

Mahkamah menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin.   

Media sebelum ini melaporkan Ramu Subramani maut setelah terperangkap dalam kebakaran kedai emas yang terletak di bahagian bawah sebuah rumah kedai dua tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, ketika kejadian mangsa bersama lima lagi pekerja kedai emas sedang tidur di bahagian atas premis berkenaan.

Letupan disyaki berpunca daripada gas kimpalan emas yang diletakkan dibahagian bawah premis.

Tags / Kata Kunci: Pekerja kedai emas

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan