Wanita Tanzania Pecahkan Cermin Kereta Polis

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 3:25 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Tanzania didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu selepas mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan kereta peronda polis, minggu lepas.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Stella Silya Samson, 25, yang merupakan pelajar kolej swasta dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara dua bulan, jika dia gagal membayar denda itu.

Stella Silya didakwa dengan sengaja melakukan khianat dengan memecahkan cermin hadapan kereta peronda polis yang menyebabkan kerugian RM300 di sebelah Wisma Boustead, Jalan Raja Chulan, Dang Wangi di sini pada 2.30 pagi, 14 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu adalah serius namun peguam Ahmad Maliki Ahmad Marzulai yang mewakili tertuduh memohon hukuman minimum atas alasan anak guamnya sudah menyesali perbuatan yang dilakukan.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pekerja restoran makanan segera mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencuri lapan ekor ayam yang masih hidup milik sebuah syarikat makanan sejuk beku, minggu lepas.

Micheal Shwa Za Thang, 34, lelaki warga Myanmar, didakwa mencuri ayam itu yang bernilai RM80 milik Syarikat Pudu Frozen Trading di hadapan kedai Pudu Frozen Trading, Dang Wangi di sini pada 8.55 malam 17 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Radziah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dia merupakan seorang warga asing dan menetapkan 5 Jun untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Nor Diana manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: Tanzania , Polis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan